Apa itu kes jenayah buli Siber? Buli siber merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengganggu, mengecam, mengugut atau memalukan seseorang melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej seseorang. Buli Siber juga merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama.
1 . Bekerjasama secara multilateral dal am m embanteras jenayah siber. Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. 2. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan emperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fik...
Comments
Post a Comment