Langkah langkah mengatasi jenayah siber buli
1.Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber.
Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber.
2.Mengkaji dan mewujudkan undang-undang
pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan emperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas.
3.Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan
Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya
Comments
Post a Comment