Posts

Apa itu siber buli?

Image
                                                                                       Apa itu kes jenayah buli Siber? Buli siber merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengganggu, mengecam, mengugut atau memalukan seseorang melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej seseorang. Buli Siber juga merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama.

Statistik jenayah siber buli dalam kalangan pengguna media sosial

 Statistik kejadian buli siber di kalangan pengguna media sosial semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut data dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat 1,163 kes buli siber di negara tersebut pada tahun 2017. Selain itu, sebuah kajian pada tahun 2018 oleh Kantar TNS dan Microsoft menunjukkan bahwa 74% orang dewasa di Malaysia pernah mengalami kejadian yang tidak baik di internet, termasuk di antaranya adalah pengalaman menjadi korban buli siber. Oleh karena itu, perlu untuk mengambil tindakan untuk mencegah dan menangani kejadian buli siber di media sosial.

Jenis -jenis jenayah siber buli

Image
Jenis-jenis siber buli!!!!

Kesan jenayah siber buli

1.  Hilang Punca Pendapatan dan Menjatuhkan Karier Perbuatan buli siber ini boleh menyebabkan mangsa hilang perkerjaan. Pembuli siber akan menaburkan fitnah kepada mangsa di media sosial sehingga pihak majikan terpaksa memecat mangsa demi menjaga nama baik syarikat. Syarikat-syarikat lain juga tidak akan mengambil mangsa bekerja kerana tidak ingin imej syarikatnya tercalar. Hal ini menyebabkan mangsa hilang punca pendapatan. Oleh itu, kariernya akan jatuh disebabkan oleh perbuatan buli siber yang tidak bertanggungnawab ini. 2.  Menjatuhkan Maruah Seseorang Pembuli siber akan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukan seseorang. Misalnya, pembuli siber akan menggunakan akaun media sosial seseorang seperti Facebook untuk untuk menyebarkan video-video pornografi di media sosial. Hal ini menyebabkan mangsa dipandang hina oleh rakan-rakannya kerana berkelakuan tidak baik. Bukan itu sahaja, akaun media sosial mangsa juga mungkin akan diserang oleh warg...

Langkah langkah mengatasi jenayah siber buli

 1 . Bekerjasama secara multilateral dal am m embanteras jenayah siber. Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. 2. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang   pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan emperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fik...

Sumber Rujukan

 https://wakelet.com/wake/CJrL_fB2U78n8RKQzheeB https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/06/kesan-negatif-buli-siber.html https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html