Kesan jenayah siber buli
1. Hilang Punca Pendapatan dan Menjatuhkan Karier
Perbuatan buli siber ini boleh menyebabkan mangsa hilang perkerjaan. Pembuli siber akan menaburkan fitnah kepada mangsa di media sosial sehingga pihak majikan terpaksa memecat mangsa demi menjaga nama baik syarikat. Syarikat-syarikat lain juga tidak akan mengambil mangsa bekerja kerana tidak ingin imej syarikatnya tercalar. Hal ini menyebabkan mangsa hilang punca pendapatan. Oleh itu, kariernya akan jatuh disebabkan oleh perbuatan buli siber yang tidak bertanggungnawab ini.
2. Menjatuhkan Maruah Seseorang
Pembuli siber akan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukan seseorang. Misalnya, pembuli siber akan menggunakan akaun media sosial seseorang seperti Facebook untuk untuk menyebarkan video-video pornografi di media sosial. Hal ini menyebabkan mangsa dipandang hina oleh rakan-rakannya kerana berkelakuan tidak baik. Bukan itu sahaja, akaun media sosial mangsa juga mungkin akan diserang oleh warga internet dengan tomahan-tomahan yang boleh memalukan dan menjatuhkan maruah.
3.Melakukan Tindakan Bunuh Diri
Seseorang akan melakukan tindakan membunuh diri. Mangsa yang dibuli di alam maya ini biasanya akan menghadapi tekanan mental yang sangat kritikal. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan waras sehingga melakukan tindakan membunuh diri. Mangsa merasa ingin menamatkan sahaja hidupnya daripada terus menanggung malu. Kebiasannya, aib masa lalu si mangsa ini disebarkan oleh pembuli siber di media sosial yang menyebabkan si mangsa berasa terlalu hina sehingga membunuh diri.
4.Mangsa Tertekan
Kesan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan. Hal ini disebabkan oleh perbuatan buli yang dilakukan oleh pembuli siber. Mangsa akan sentiasa akan teringat-ingat akan kejadian buli siber tersebut. Hal ini menyebabkan mangsa tertekan dan sentiasa merasa resah. Lama-kelamaan, mangsa akan mengalami kemurungan. Oleh itu, mangsa akan mengasingkan diri daripada orang ramai dan lebih suka menyendiri.
Comments
Post a Comment